CIPAA CONSULTING Malaysia Pakar Tuntutan CIPAA

Pembayaran langsung daripada Prinsipal

Pihak Penuntut adalah berhak untuk melaksanakan Keputusan Adjudikasi dengan memintakan pembayaran langsung daripada Prinsipal Responden.

Kadar Menang yang Tinggi

Menuruti statistik AIAC, kadar menang Pihak Penuntut adalah sebanyak 89.28%!

Pantas

Prosiding Adjudikasi CIPAA hanya akan mengambil masa sebanyak 80-95 hari bekerja.

Bayar Dulu, Berdebat Kemudian (Pay Now, Argue Later)

Pihak yang berkalah tidak boleh membuat rayuan ke atas Keputusan Adjudikasi dan sejikanya berkalah, Majikan perlu bayar dulu dan berdebat kemudian di Prosiding Mahkamah atau Timbangtara.

Klausa Pembayaran Bersyarat adalah tidak sah

Klausa "Back-to-back" atau "Pay-if-Paid" adalah tidak sah di bawah Prosiding Adjudikasi CIPAA. Oleh itu, Majikan tidak boleh menggunakan Klausa Pembayaran Bersyarat sebagai pembelaan atas ketidakbayaran.

Apa itu CIPAA 2012?

CIPAA merujuk kepada Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012.

CIPAA (Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012) merupakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada 15.04.2014. Tujuan Akta CIPA adalah untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran di sektor pembinaan dengan cepat dan murah dan meningkatkan aliran tunai di dalam sektor pembinaan melalui Prosiding CIPAA Adjudikasi.

Tentang Kami

CIPAA Consulting ditubuhkan oleh satu kumpulan professional yang berpengalaman. Ia termasuk adjudikator yang berkelayakan, pengamal undang-undang dan pembinaan.

Kumpulan tersebut telah terlibat dalam banyak Prosiding Adjudikasi Pembinaan dan telahpun menwakili Pihak Penuntut untuk membuat Tuntutan Bayaran CIPAA untuk fi perunding dan bayaran tertunggak dan membela Responden daripada Tuntutan Bayaran CIPAA.

Melalui pengalaman praktikal dan pengetahuan teknikal, CIPAA Consulting membanggakan dirinya dalam membekalkan perkhidmatan perunding tuntutan CIPAA yang berkualiti.

To Inform and To Empower

CIPAA Consulting juga membekalkan maklumat am, berita terkini dan kemaskini penghakiman Mahkamah yang berkaitan dengan sektor pembinaan dan Adjudikasi CIPAA.

CIPAA 101 menawarkan maklumat umum kepada pihak Penuntut (dikenali sebagai Pihak yang tidak dibayar) dan Responden (dikenali sebagai Pihak yang tidak membayar).

BERITA & KEMAS KINI CIPAA adalah satu repositori percuma yang membekalkan berita terkini dan penghakiman Mahkamah yang berkaitan dengan CIPAA dan sektor pembinaan.

Kami memahami tekanan kewangan yang dihadapi di dalam sektor pembinaan di Malaysia, samada Pemaju, Kontraktor atau Perunding. Oleh itu, consultation pertama kali di CIPAA Consulting adalah PERCUMA.

Tidak terdapat apa-apa kewajipan, terma-terma ataupun syarat-syarat walaupun anda tidak melantikkan kami sebagai wakil anda selepas consultation.

HUBUNGI KAMI